• mang heri dan keluarga.
  • rumah mang heri.
  • rouf dan kawan kawan.
  • KH.Uci tartusi pasar kemis.
  • abah obay kerawang ahli tauhid.
  • KH.sar'i a.
  • ulama fikih caringin .
  • pemimpin adil dalam keluarga , gofarallahu lahu.
  • ulama ulama jawa.
  • Replace This Text With Your Featured Post 4 Description.
  • Replace This Text With Your Featured Post 2 Description.
  • makom angling darma.
  • Replace This Text With Your Featured Post 4 Description.

Kamis, 09 Juni 2011

Peristiwa bersejarah di bulan muharram

Bulan Muharam merupakan bulan keberkatan dan rahmat kerana bermula dari bulan inilah berlakunya segala kejadian alam ini. Bulan Muharam juga merupakan bulan yang penuh sejarah, di mana banyak peristiwa yang berlaku sebagai menunjukkan kekuasaan dan kasih sayang Allah kepada makhluk-nya.

Pada bulan ini juga, Allah mengurniakan mujizat kepada Nabi-Nabi-nya sebagai penghormatan kepada mereka dan juga limpah kurnianya yang terbesar iaitu ampunan dan keredhaan bagi hambanya. Sebagai tanda kesyukuran kepadanya, maka hamba-hambanya mempersembahkan ibadah mereka (antara mereka dengan Allah) sebagai hadiah kepada Allah, namun dengan itu, masih belum dapat lagi membalas kurniaan Allah yang sungguh bernilai.


Said bin Jubair dari Ibnu Abbas r.a berkata: Ketika Nabi saw baru berhijrah ke Madinah, maka mereka dapati kaum Yahudi berpuasa pada hari Asyura (10 Muharam). Maka mereka pun bertanya kepada kaum Yahudi tentang puasa mereka itu. Mereka menjawab, “Hari ini Allah SWT memenangkan Musa dan Bani Israel terhadap Firaun dan kaumnya, maka kami berpuasa sebagai mengagungkan hari ini. Maka sabda Nabi saw: “Kami lebih layak mengikuti jejak langkah Musa dari kamu.”

Maka Nabi saw pun menyuruh para sahabat agar berpuasa. Antara lain kelebihan 10 Muharam ialah barangsiapa yang melapangkan rezeki pada keluarganya, maka Allah akan meluaskan rezekinya sepanjang tahun ini. Terdapat juga sebuah hadis meriwayatkan, “Barangsiapa yang berpuasa pada hari Asyura, maka dapat menebus dosa satu tahun.” Maksud hadis ini ialah hari yang kesepuluh Muharam (Asyura) merupakan hari dan bulan kemuliaan kerana pada sesiapa yang berpuasa pada hari inilah, Allah membersihkan dan menebus dosa-dosa mereka yang lampau.

Bulan Muharam merupakan satu-satunya bulan yang teristimewa kerana banyak peristiwa yang bersejarah berlaku pada bulan ini disamping ganjaran pahala yang besar kepada sesiapa yang beribadah pada bulan ini sepertimana terdapat dalam satu hadist. “Sesiapa yang berpuasa pada hari Asyura (10 Muharam), maka Allah akan memberi kepadanya pahala sepuluh ribu malaikat dan juga akan diberi pahala sepuluh ribu orang berhaji dan berumrah dan sepuluh ribu orang mati syahid. Dan sesiapa yang mengusap kepala anak yatim pada hari Asyura, maka Allah akan menaikkan dengan tiap anak rambut satu darjat. Sesiapa yang memberi buka puasa pada semua umat Muhammad saw dan mengenyangkan perut mereka.” Sahabat pun bertanya, “Ya Rasulullah, Allah telah melebihkan hari Asyura, dan menjadikan bukit dari lain-lain hari.” Jawab Rasulullah, “benar, Allah telah menjadikan langit dan bumi pada hari Asyura, dan menjadikan bukit-bukit pada hari Asyura dan menjadikan laut pada hari Asyura dan menjadikan Loh Mahfuz dan Qalam pada hari Asyura dan juga menjadikan Adam dan Hawa pada hari Asyura, dan menjadikan syurga dan neraka serta memasukkan Adam ke syurga pada hari Asyura, dan Allah menyelamatkannya dari api pada hari Asyura dan menyembuhkan dari bala pada Nabi Ayub.

Pada hari Asyura juga Allah memberi taubat kepada Adam dan diampunkan dosa Nabi Daud, juga kembalinya kerajaan Nabi Sulaiman pada hari Asyura dan kiamat akan terjadi pada hari Asyura.” Maka pada hari itu ( 10 Muharam) Nabi Adam dan Nabi Nuh a.s berpuasa kerana bersyukur kepada Allah kerana hari itu merupakan hari taubat mereka diterima oleh Allah setelah beratus-ratus tahun lamanya memohom keampunan.

Pada hari itu juga, hari pembebasan bagi orang-orang Islam yang telah sekian lama dikongkong oleh Firaun, di mana hari itu mereka diselamatkan dari kejahatan dan kezaliman Firaun yang selama ini mengancam agama dan menggugat iman mereka. Dengan tenggelamnya Firaun, Haman, Qarun dan istana mereka bererti berakhirlah sudah kezaliman musuh-musuh Allah buat masa itu. Terselamatlah tentera Nabi Musa dari musuh dengan mukjizat yang Allah berikan, maka mereka berpuasa kerana kesyukuran yang tidak terhingga kepada Allah swt.

Banyak peristiwa bersejarah yang berlaku pada 10 Muharam ini, di mana pada hari inilah, Allah telah memuliakan Nabi-Nabi dengan sepuluh kehormatan.

Setelah beratus-ratus tahun meminta ampun dan taubat pada Allah, maka pada hari yang bersejarah 10 Muharam inilah, Allah telah menerima taubat Nabi Adam. Ini adalah satu penghormatan kepada Nabi Adam a.s.
Pada 10 Muharam juga, Nabi Idris a.s telah di bawa ke langit, sebagai tanda Allah menaikkan darjat baginda.
Pada 10 Muharam, tarikh berlabuhnya perahu Nabi Nuh a.s kerana banjir yang melanda seluruh alam di mana hanya ada 40 keluarga termasuk manusia binatang sahaja yang terselamat dari banjir tersebut. Kita merupakan cucu-cicit antara 40 keluarga tadi. Ini merupakan penghormatan kepada Nabi Nuh a.s kerana 40 keluarga ini sahaja yang terselamat dan dipilih oleh Allah. Selain dari itu, mereka adalah orang-orang yang engkar pada Nabi Nuh a.s.
Nabi Ibrahim dilahirkan pada 10 Muharam dan diangkat sebagai Khalilullah (kekasih Allah) dan juga hari di mana baginda diselamatkan dari api yang dinyalakan oleh Namrud. Nabi Ibrahim diberi penghormatan dengan Allah memerintahkan kepada api supaya menjadi sejuk dan tidak membakar Nabi Ibrahim. Maka terselamatlah Nabi Ibrahim dari angkara kekejamanNamrud.
Pada 10 Muharam ini juga Allah menerima taubat Nabi Daud kerana Nabi Daud merampas isteri orang walaupun bagainda sendiri sudah ada 99 orang isteri, masih lagi ingin isteri orang. Oleh kerana Nabi Daud telah membuatkan si suami rasa kecil hati, maka Allah turunkan dua malaikat menyamar sebagai manusia untuk menegur dan menyindir atas perbuatan Nabi Daud itu. Dengan itu sedarlah Nabi Daud atas perbuatannya dan memohon ampun pada Allah. Sebagai penghormatan kepada Nabi Daud a.s maka Allah mengampunkan baginda pada 10 Muharam.
Pada 10 Muharam ini juga, Allah mengangkat Nabi Isa ke langit, di mana Allah telah menukarkan Nabi Isa dengan Yahuza. Ini merupakan satu penghormatan kepada Nabi Isa daripada kekejaman kaum Bani Israil.
Allah juga telah menyelamatkan Nabi Musa pada 10 Muharam daripada kekejaman Firaun dengan mengurniakan mukjizat iaitu tongkat yang dapat menjadi ular besar yang memakan semua ular-ular ahli sihir dan menjadikan laut terbelah untuk dilalui oleh tentera Nabi Musa dan terkambus semula apabila dilalui oleh Firaun dan tenteranya. Maka tenggelamlah mereka di Laut Merah. Mukjizat yang dikurniakan Allah kepada Nabi Musa ini merupakan satu penghormatan kepada Nabi Musa a.s
Allah juga telah menenggelamkan Firaun, Haman dan Qarun serta kesemua harta-harta Qarun dalam bumi kerana kezaliman mereka. 10 Muharam, merupakan berakhirnya kekejaman Firaun buat masa itu.
Allah juga telah mengeluarkan Nabi Yunus dari perut ikan setelah berada selama 40 hari di dalamnya. Allah telah memberikan hukuman secara tidak langsung kepada Nabi Yunus dengan cara ikan Nun menelannya. Dan pada 10 Muharam ini, Allah mengurniakan penghormatan kepada baginda dengan mengampun dan mengeluarkannya dari perut ikan Nun.
Allah juga telah mengembalikan kerajaan Nabi Sulaiman a.s pada 10 Muharam sebagai penghormatan kepada baginda. Dengan itu, mereka berpuasa dan beribadah kepada Allah sebagai tanda kesyukuran kepada Allah swt. Nabi saw telah bersabda dengan maksudnya: “Saya dahulu telah menyuruh kamu berpuasa sebagai perintah wajib puasa Asyura, tetapi kini terserahlah kepada sesiapa yang suka berpuasa, maka dibolehkan berpuasa dan sesiapa yang tidak sukar boleh meninggalkannya.”

Begitulah sabda Rasulullah di mana puasa pada hari Asyura ini sangat-sangat dituntut. Kalau tidak memberatkan umat baginda, maka diwajibkan. Oleh kerana takut memberatkan umatnya, maka hukumnya adalah sunat.

Sumber :

www.pkpu.or.id
Peristiwa-peristiwa penting:

1 Muharam - Khalifah Umar Al-Khattab membuat penetapan bulan dalam Hijrah.
10 Muharam - Dinamakan juga hari ‘Asyura’. Pada hari itu banyak terjadi peristiwa penting yang mencerminkan kegemilangan bagi perjuangan yang gigih dan tabah bagi menegakkan keadilah dan kebenaran.

Pada 10 Muharam juga telah berlaku:
1. Nabi Adam bertaubat kepada Allah.
2. Nabi Idris diangkat oleh Allah ke langit.
3. Nabi Nuh diselamatkan Allah keluar dari perahunya sesudah bumi ditenggelamkan selama enam bulan.
4. Nabi Ibrahim diselamatkan Allah dari pembakaran Raja Namrud.
5. Allah menurunkan kitab Taurat kepada Nabi Musa.
6. Nabi Yusuf dibebaskan dari penjara.
7. Penglihatan Nabi Yaakob yang kabur dipulihkkan Allah.
8. Nabi Ayub dipulihkan Allah dari penyakit kulit yang dideritainya.
9. Nabi Yunus selamat keluar dari perut ikan paus setelah berada di dalamnya selama 40 hari 40 malam.
10. Laut Merah terbelah dua untuk menyelamatkan Nabi Musa dan pengikutnya dari tentera Firaun.
11. Kesalahan Nabi Daud diampuni Allah.
12. Nabi Sulaiman dikurniakan Allah kerajaan yang besar.
13. Hari pertama Allah menciptakan alam.
14. Hari Pertama Allah menurunkan rahmat.
15. Hari pertama Allah menurunkan hujan.
16. Allah menjadikan ‘Arasy.
17. Allah menjadikan Luh Mahfuz.
18. Allah menjadikan alam.
19. Allah menjadikan Malaikat Jibril.
20. Nabi Isa diangkat ke langit.
Keutamaan Muharam

Muharam juga memiliki banyak keutamaan. Salah satunya adalah sebagaimana sabda Rasulullah saw. , “Puasa yang paling utama setelah puasa Ramadan adalah puasa pada bulan Muharam, sedang salat yang paling afdal sesudah salat fardu adalah salat malam.” (HR Muslim).

Puasa pada bulan Muharam yang sangat dianjurkan adalah pada hari yang kesepuluh, yaitu yang lebih dikenal dengan istilah ‘aasyuura. Aisyah–semoga Allah meridainya–pernah ditanya tentang puasa ‘aasyuura, ia menjawab, “Aku tidak pernah melihat Rasulullah saw. puasa pada suatu hari yang beliau betul-betul mengharapkan fadilah pada hari itu atas hari-hari lainnya, kecuali puasa pada hari kesepuluh Muharam.” (HR Muslim).
Kejadian – Kejadian Peristiwa 10 Muharram Tentang Kemenangan Para Nabi

Oktober 4, 2009 · Disimpan dalam STORY · Tagged 10 Muharram, Asal mula hari asyura', Peristiwa 10 Muharram

Nabi Adam As

Sejak pertama di dunia dan isinya diciptakan, telah hidup manusia pertama yang hidup di surga. Beliau adalah Nabi Adam As. Nabi Adam hidup dengan istrinya di sana yaitu ibu Hawa. Mereka hidup di surga yang penuh dengan kenikmatan dengan mematuhi perintah Allah dan menjauhi larangan Allah. Mereka dilarang untuk memakan sebuah buah yang dinamakan dengan buah khuldi. Sekian lama mereka tidak melanggar larangannya itu, tetapi ketika iblis menggoda ibu Hawa untuk memakan buah tersebut dan akhirnya mereka berdua termakan godaan setan iblis. Kemudian mereka diturunkan ke bumi akibat memakan buah khuldi. Nabi adam as diturunkan ditanah hindia dan ibu hawa di tanah arab. Mereka saling mencari antara satu sama lain selama 40 tahun, susah payah mereka menghadapi ujian ini akhirnya mereka bertemu di Padang Arofah pada tanggal 10 Muharram.



Nabi Yusuf As

Nabi Yusuf As adalah putra Nabi Ayub As. Nabi Yusuf As adalah anak terakhir dari 9 bersaudara. Nabi Yusuf sangat di sayang oleh ayahnya, sampai-sampai 8 saudaranya merasa iri. Kemudian ke-8 saudaranya merencanakan untuk membunuh Nabi Yusuf As. Keesokan harinya kakak-kakaknya meminta izin kepada ayahnya untuk mengajak Nabi Yusuf As untuk berburu ke hutan. Mendengar berita itu Nabi Yusuf As merasa senang dan akhirnya ayahnya mengizinkan Nabi Yusuf As pergi bersama kakak-kakaknya ke hutan. Setelah sampai kehutan 4 kakak Nabi mencari sumur yang digunakan untuk membunuh Nabi Yusuf, 4 kakaknya yang lain mengajak dan merayu Nabi Yusuf untuk pergi ke sumur. Setelah tiba di sumur Nabi Yusuf di suruh kakak-kakaknya mengambil air dari sumur itu untuk diminum. Kemudian dari belakang, kakak-kakaknya mendorong Nabi Yusuf ke dalam sumur. Pakaian Nabi Yusuf di lumuri darah binatang oleh kakak-kakaknya yang akan digunakan oleh kakak-kakaknya sebagai alasan kepada ayahnya. Kemudian kakak-kakaknya Nabi Yusuf pulang dan mengadu kepada ayahnya bahwa adiknya telah dimakan binatang buas serta menunjukkan pakaian berlumuran darah yang di pakai oleh Nabi Yusuf. Setelah beberapa hari ada seorang raja dan pengikutnya yang sedang berkelana ke hutan. Kemudian raja merasa haus dan menyuruh pengikutnya untuk mengambilkan air minum di sumur tempat Nabi Yusuf ditenggelamkan oleh kakak-kakaknya. Saat pengikut raja mengangkat timba yang berisi air dari sumur itu lama-lama terasa berat. Saat tiba di permukaan air, tiba-tiba di atas timba ada anak laki-laki. Lalu diangkat kemudian ditanyai oleh raja, dimana rumah anak laki-laki itu (Nabi Yusuf As) dan ketika itu pun Nabi Yusuf ditolong oleh raja dari sumur pada tanggal 10 Muharram.



Nabi Nuh As

Nabi Nuh As di perintahkan Allah untuk membuat perahu yang besar, kemudian Nabi Nuh melaksanakan perintah itu dengan bersemangat. Kaumnya tercengang melihat Nabi Nuh sibuk mengumpulkan kayu-kayu besar dan tidak mengerti apa yang akan di kerjakan Nabi Nuh. Mereka mengejek Nabi Nuh tukang kayu dan Nabi Nuh juga dikatakan sebagai orang gila yang membuat perahu di daratan yang jauh dari laut, lagi pula waktu itu musim panas. Setelah perahu itu selesai, Allah memerintahkan Nabi Nuh beserta keluarganya dan pengikutnya yang beriman menaiki perahu. Ketika itu langit mulai gelap dan hujan turun sangat lebat. Dan waktu itu air sudah melanda seluruh permukaan bumi dan menenggelamkan apa yang ada. Perahu Nabi Nuh terapung di tengah gelombang yang amat dashyat. Setelah banjir itu berlangsung selama 6 bulan 10 hari dan orang-orang yang durhaka telah musnah diazab melalui air banjir, maka Allah memerintahkan agar bumi menyerap air dan menghentikan hujan. Kemudian air mulai surut dan perahu Nabi Nuh terdampar di sebuah bukit yang namanya bukit judl.



Nabi Ibrahim As

Raja Namrud adalah seorang raja yang dzalim, ia tetap menjatuhkan hukuman mati kepada Nabi Ibrahim As. Nabi Ibrahim harus dibakar hidup-hidup di tengah alun-alun di depan istana. Pelaksanaan hukuman sudah disiapkan, orang-orang sudah ramai berkumpul ingin menyaksikan. Api unggun besarpun dinyalakan dan api mulai berkobar, Nabi Ibrahim dilemparkan ke dalamnya . orang yang hadir menyangka pasti Nabi Ibrahim sudah hangus terbakar. Akan tetapi Allah menunjukkan kebesarannya, Nabi Ibrahim tidak terbakar di dalam api dan selamat.

Di dalam surat Al-Anbiya’ ayat 69 sudah dijelaskan :



قَالُوا أَأَنْتَ فَعَلْتَ هَذَا بِآَلِهَتِنَا يَا إِبْرَاهِيمُ



Artinya :

Kami berfirman: “Hai api menjadi dinginlah, dan menjadi keselamatanlah bagi Ibrahim” (Qs. Al-Anbiya’ : 69)



Nabi Musa As

Suatu ketika Nabi Musa As dihadapkan pada suatu bahaya yang amat besar. Didepan mereka terbentang lautan dan di belakang mereka ada Fir’aun dan bala tentaranya sedang mengejar, memburu untuk membunuh mereka. Dalam keadaan yang kritis itu Allah menunjukkan kekuasaannya. Nabi musa diperintahkannya untuk memukulkan tongkatnya ke air laut. Seketika itu laut terbelah dua dan jalan terbentang di tengahnya. Selamatlah Nabi Musa beserta para pengikutnya.



Nabi Isa As

Pada waktu itu Nabi Isa As dikejar orang-orang yahudi dan Nabi Isa pun bersembunyi disebuah rumah yang sunyi dan aman. Akan tetapi salah seorang pengikut Nabi Isa yang bernama Yudas Iskariot berkhianat. Ia memberitahukan tempat persembunyian Nabi Isa kepada Pontues Pilatus. Tetapi Allah menunjukkan kekuasaannya, Yudas si pengkhianat itu wajahnya diubah seperti wajah Nabi Isa. Begitu malihat Yudas Iskariot yang telah menyerupai Nabi Isa, orang-orang yahudi segera menangkapnya. Akhirnya yudas dibunuh dan disalib di bukit Golgota. Sedangkan Nabi Isa diselamatkan Allah dan diangkat ke langit. Dalam hal ini Allah berfirman dalam surat An-Nisa’ ayat 157-158, yang berbunyi :



Artinya :

157. Dan karena ucapan mereka: “Sesungguhnya kami telah membunuh Al Masih, Isa putra Maryam, Rasul Allah”, padahal mereka tidak membunuhnya dan tidak (pula) menyalibnya, tetapi (yang mereka bunuh ialah) orang yang diserupakan dengan Isa bagi mereka. Sesungguhnya orang-orang yang berselisih paham tentang (pembunuhan) Isa, benar-benar dalam keragu-raguan tentang yang dibunuh itu. Mereka tidak mempunyai keyakinan tentang siapa yang dibunuh itu, kecuali mengikuti persangkaan belaka, mereka tidak (pula) yakin bahwa yang mereka bunuh itu adalah Isa.



158. Tetapi (yang sebenarnya), Allah telah mengangkat Isa kepada-Nya. Dan adalah Allah Maha Perkasa lagi Maha Bijaksana.



Asal Mula Hari ‘Asyura ( 10 Muharrom ) :

Diceritakan bahwa nabi Nuh as ketika kapalnya bersandar pada tanggal 10 Muharram, beliau berkata pada semua orang yang bersamanya ” Kumpulkanlah apapun yang tersisa dari perbekalan kalian ” kemudian ada yang membawa segenggam kacang, beras, gandum, biji ‘adas dll kemudian Nabi Nuh as berkata ” masaklah semuanya, kalian telah bergembira dengan keselamatan yang diperoleh ” maka dari itu para muslimin mengambil biji-bijian untuk dimasak dan pada hari itu adalah hari pertama memasak di bumi setelah terjadi banjir bandang yang menjadi adat bagi umat islam setiap datangnya bulan muharram tepatnya tanggal 10 muharram atau disebut ‘Asyura’ . ( Nihayatut Zain juz 1 Hal. 196 ). Selengkapnya baca Faedah Hari ‘Asyura.

0 komentar: